SURAT CINTA
Views
Cintakah aku padaNYA?
Setelah DIA berikan semua...
Cintakah aku padaNYA?
Setelah sebuku lembaran-lembaran cinta kuterima...
Cintakah aku padaNYA?
Walau sekerdil mana aku,DIA tetap terima dengan redha...
Tidak cintakah aku padaNYA?
Salam, yang di atas dikira prolog ok?
Surat cinta? Wah, kata-kata yang sungguh menarik perhatian bukan? Bak kata orang indonesia, asik bangat sih! Bikin seru!
Waktu kita terima surat cinta daripada si dia, hati jadi berdebar-debar. Tak sabar nak membaca isi kandungan surat, tapi pada masa yang sama, tak mahu perbacaan terhenti begitu cepat waktu sudah sampai pada kalimat love,......(ending surat selalunya..=P)
Adakah kita berperasaan begitu pada Al-Qur'an? Mahu membaca dan baca lagi. Mengulangnya berkali-kali supaya setiap kata-kataNya sudah lali hingga bisa dihafal. Terus dan terus tanpa henti. Pada masa yang sama, setiap butir bicaraNya jadi azimat, pengubat sanubari yang kacau.
"Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian" [al-Israa':82]
Waktu aku kecil, sudah lazim kudengar bahawa Al-Qur'an itu cahaya. Tapi aku sering terfikir. Cahaya yang bagaimana? Seperti mataharikah? Terang menyilau. Atau seperti bulankah? Menyinari malam menjadikan suasana indah nian. Atau seperti lampu fluorescent di rumah kah? Cukup menerangkan sesuatu ruang.
Aku melihat sesuatu dengan terlalu logika rupanya. Sedang cahaya al-Qur'an itu sesuatu yang sangat abstrak. Kerana yang merasakan cahayanya hanya hati. =)
"Allah pemberi cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya(iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula disebelah baratnya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang dia kehendaki, dan Allah meperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [An-Nuur:35]
Subhanallah walhamdulillah wa la ilahaillallah allahuakbar.
Tiada Kesan
Adakah selalu merasakan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an tak meresap ke hati? Apabila membaca, terasa biasa saja. Kesalahan itu ada pada kita teman, kerana tak cuba memahami terjemahannya. mana mungkin orang yang tidak boleh berbahasa Arab, tidak pernah belajar secara magically faham apa yang diberitahu Tuhan dalam bahasa yang berbeda dari bahasa ibundanya? seperti cuba membaca sastera Perancis tanpa belajar bahasa perancis. adakah kita akan memahaminya? Aku ada satu cerita yang aku sungguh-sungguh sematkan dalam hati, jadi pedoman waktu aku malas-malas mahu membaca Al-Qur'an. semoga bermanfaat. ehem,ceritanya berbunyi:
Di atas sebuah bukit, tinggallah seorang atuk bersama cucunya yang baru berusia 9 tahun. Atuk ni sangat suka membaca Al-Qur'an. Apabila habis menyudahkan kerja, dia akan membaca Al-Qur'an. Sesudah solat, dia akan membaca Al-Qur'an. Nak dipendekkan cerita, membaca Al-Qur'an sudah menjadi satu kelaziman dalam hidup atuk ni.
Satu hari, cucunya bertanya kepada si atuk.
"Atuk,atuk. Kenapa atuk suka baca Al-Qur'an? Yie hairan la,sebab Yie tak nampak apa-apa manfaat pun.(pemikiran kanak-kanak 9 tahun ok. kalo korang dah besar panjang ni,sure dah boleh bagi 10, malah beribu-ribu kelebihan Al-Qur'an.betul kan?)"
Atuk tadi tersenyum seraya berkata kepada cucu kesayangannya. "Yie nampak kan raga rotan belakang stor? Yie amik bakul tu, isi dengan arang di kat dapur sampai penuh. kemudian turun sampai bawah bukit, buang arang-arang tu, dan isi dengan air sungai. dan atuk nak Yie bawak naik raga yang berisi air tu ok?"
Walaupun pelik, Yie buat seperti yang disuruh atuknya. Tapi bila Yie dah isi air sungai dalam raga, air akan keluar dari celah-celah raga rotan tu. dan bila sampai ke atas bukit, air dalam raga semuanya sudah habis bertitisan (malah keluar secara berjemaah) daripada bakul rotan.
"Atuk,tak dapat air!" Kata Yie.
"Cuba lagi!" Balas atuk pula
Yie pun cuba dan cuba lagi, kali ni dia berlari membawa air supaya apabila sampai di atas,air di dalam raga masih ada. Tapi masih tidak berjaya. Selepas tiga kali percubaan, atuk mendekati Yie yang kepenatan lalu berkata.
"Yie dapat tak ambil air dengan raga rotan tu?"
"Tak."kata yie dengan sedih
"Apa yang jadi pada raga rotan ni?"sambil menunjuk pada raga itu.
"Jadi bersih". Otak Yie ligat berfikir.
"Seperti inilah membaca Al-Qur'an, mungkin kita tak akan nampak air yang dibawa dengan raga pada kesudahannya, tapi air yang tadi, telah membersihkan habuk-habuk arang hitam yang melekat pada raga. Seperti Al-Qur'an, yang membersihkan hati kita."
(p/s:sudahkan kita membaca Al-Qur'an hari ini,ya sahabat?)
0 comments:
Post a Comment