.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Saturday, June 13, 2009

A Story to Tell...

Views


An inner voice shouting to be heard, a deep feeling towards a friend’s leave...Yet another true story, from a friend to a friend...

Betapa besarnya nilai sesuatu persahabatan, yang berlandaskan ketulusan dan kejujuran hati, berdiri tegak di atas tiang-tiang Allah. Harimau mati meninggalkan belang, tapi pemergian seorang sahabat ini memberikan seribu satu kesedaran kepada orang-orang di sekelilingnya.

Kata teman saya :
“status YM dia sebelum dia meninggal : show me the path to heaven through the dessert”


“Teringat dosa aku, tak tahu nak cakap, banyaknya dosa, dari sekecil-kecil ke sebesar-besar dosa. Semuanya boleh menyebabkan kita dicampakkan ke neraka. Tak tahulah macam mana kita nanti, adakah kita pergi meninggalkan nama dan qudwah yang baik macam dia.”

“Aku lupa hidup ni semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Aku dah tak nak leka dah. Kita tak tahu bila pulak masa kita, kita tak nak pengakhiran yang tak elok untuk kita. Ini mungkin salah satu cara Allah nak bagi peringatan kepada kita. Tapi Alhamdulillah orang yang Dia ambil memang betul-betul orang yang baik, yang selalu dekat dengan Dia. Bayangkan kalaulah Dia ambil kita. Alhamdulillah masih ade peluang untuk berubah. Dia masih sayangkan kita semua yang masih ada.”

Saya tidak pernah mengenali arwah, namun hanya dari kisah teman saya, suatu ikatan ukhuwwah seolah-olah bertaut hinggakan saya juga turut merasa kehilangan. Hilangnya seorang sahabat, seorang saudara.

“Mak arwah cakap memang dia dah lama ada instinct arwah akan pergi meninggalkan dia. Arwah kata dia tak nak balik tahun ni. Tak sangka, jenazah arwah yang pulang, bukan segulung ijazah. Mak arwah sangat tabah. Dia kata dia redha dengan semua ini. InsyaAllah, seorang pergi, banyak lagi yang Allah ganti, mungkin ledih baik dari arwah.”

“Alhamdulillah beliau sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir, jenazah beliau Alhamdulillah berada dalam keadaan yang amat baik, malah kelihatan sedikit tersenyum, insyaAllah beliau tergolong dalam golongan yang benar di hari yang benar, sama-sama doakan.”

Kata teman saya lagi, arwah pernah berpesan :
“Bernafaslah dalam jiwa hamba”
“Mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat”.

MasyaAllah, betapa hebatnya dia. Waktu hidupnya mutiara-mutiara nasihat yang menghiasi bibirnya, tatkala nyawanya diambil, saat dia sudah tidak lagi berbicara, dia masih mampu menggerakkan hati-hati lain yang masih terlena diulit mimpi duniawi.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Aali Imran: 185 )

(p/s : Arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saat artikel ini ditulis, dua lagi rakannya masih dalam keadaan kritikal. Marilah kita doakan kesejahteraan bagi mereka. Amin. Wassalam.)

Another source: kisah arwah look up to this address:
1.http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html
2. http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/06/night-of-tragedy.html

3 comments:

ME,  June 13, 2009 at 9:51 PM  

masyaAllah..
saya ade visit a few link (blog kwn2 arwah especially)ttg kematian arwah Ammar smalam..
tetibe view UPIMI hari ni,
tak sangka UPIMI pon ade post entry ttg berita ni..

Syukran alaik to those who did post the entry..

Semoga arwah ditempatkan bersama para anbiya' dan solehin di alam sana..
Ameen Ya Rabbal' Alameen..
Dpt rasa kesolehan arwah biar xsempat kenal di dunia.
InsyaAllah bertemu kita di akhirat nnt, di Syurga abadi..

ni blog arwah~
www.kalam-puncak.blogspot.com

"Melihat dunia dari jendela Akhirat"

Sungguh ade sesuatu utk kite belajar dari arwah~
Semoga pahala utk arwah berterusan.

Anonymous,  June 14, 2009 at 9:48 PM  

salam...
arwah ammar meninggal fii sabiilillah...
jd kite yg msh idup ni bl lg ye..
renungan utk diri sendri dan semua...

Anonymous,  June 14, 2009 at 10:13 PM  

sms dari Ummu Ammar:

Asslamualaikum,bangunlah wahai mujahid dan mujahidah teruskan perjuangan ammar mudah-mudahan ALLAH menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada ISLAM dalam rangka untuk mendidik dan berbakti

Wallahua'lam...

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP