Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
Views
Disampaikan Di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah
Pada Tanggal 9HB Zulhijjah 10 Hijrah
Wahai manusia ,
Dengar baik baik apa yang ingin ku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah teliti kata kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini…
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingat bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia akan pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Wahai manusia,
Allah telah mengharam riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan Riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesat kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah sama sekali tidak boleh membenarkan orang yang sukai ke dalam kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sunguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjalah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu juga adalah sama, tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dengan taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawab di atas segala apa yang kamu kerja kan. Oleh itu awaslah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
Tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dangan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu….
0 comments:
Post a Comment