.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi

Seringkali kita menerima dan mengambil sesuatu tanpa melihat, mengkaji dan memahami sesuatu yang kita terima dan guna. Perkara ini banyak terjadi dalam kehidupan seharian kita dalam aspek sosio-budaya, ekonomi, pentadbiran, perundangan bahkan dalam urusan berkaitan dengan keagamaan.

Menjelang Rejab, ramai umat Islam khasnya di Malaysia menyebarkan kelebihan dan fadhilat amalan pada bulan haram ini. Ramai yang sering forward email berkaitan kelebihan amalan pada bulan Rejab dan Syaaban tanpa memeriksa samada perkara tersebut disandarkan kepada sumber yang sahih atau sebaliknya.

Read more...

Ahlan Ya Rajab...

Bulan Rejab menjelang tiba. Ahlan ya Rajab....



Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.

Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Beberapa peristiwa penting pada bulan Rejab.
Hadis palsu Rejab, Syaaban

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Berbakti Kepada Ibu Bapa Menjamin Keberkatan Hidup


:: Baiti Jannati ::

Penderhakaan kepada ibu bapa merupakan sebahagian daripada gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat segelintir daripada masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Lebih malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan untuk ibu bapa.

Read more...

Sunday, June 21, 2009

Tawakkal Kita....



Bismillahirrahmanirrahim…

Pembuka kalam penuh berkat..

Sesuai dengan sebuah Hadith yang berbunyi..
____________________________________________________________________________________

“Setiap perkara yang penting, tidak di mulakan ia dengan menyebut nama Allah,nescaya ia terputus (dari barakah)”.
_____________________________________________________________________________________

Selesai sudah Ujian Akhir Semester (UAS) untuk para pelajar Farmasi. Alhamdulillah. Semoga dengan semakin banyak ilmu yang bertambah , semakin tunduk kita kepada Yang Memiliki ilmu.

“Tapi, jangan cepat lupe yer… apa yang dah dibaca kelmarin-kelmarin tu..nanti penat nak kene start dari awal balik.. Kita bukan belajar untuk exam semata-mata..ada kewajiban yang lebih mendasar dari exam..”




Read more...

Iman Semut vs. Iman Manusia


Kisah kali ini berkisarkan tentang BESARNYA JURANG PERBEZAAN di antara IMAN SEMUT & IMAN MANUSIA...

Apa bezanya???
Iye ke besar bezanya????
Fahami,hayati dan renung-renungkanlah ok!!!!

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Sulaiman a.s. berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman a.s. nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman a.s. merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s. pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Read more...

Thursday, June 18, 2009

Bidadari Bidadari Surga


Sinopsis
Kepedihan, penderitaan, suka cita, canda tawa, cinta dan pengorbanan, tumpah ruah di pondok bambu Lembah Lahambay rumah keluarga mamak Lainuri dan Laisa.
Pengorbanan tulus tiada tara seorang Laisa. Setelah bapaknya meninggal diterkam harimau gunung Klendeng, mamak Lainuri lantas berjuang demi kelangsungan hidup anak-anaknya. Laisa memutuskan berhenti sekolah dan berjanji dalam hatinya untuk memperjuangkan pendidikan adik-adiknya hingga mereka berjaya.

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Wasiat Palsu Sheikh Ahmad



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Fenomena surat berantai sering saja kelihatan di mana-mana. Seiring peluasan pengaruh internet, Bahkan, surat berantai yang ditulis puluhan tahun yang lampau masih berkita dalam kalangan umat Islam. Salah satu surat berantai yang paling terkenal adalah surat berantai Wasiat Sheikh Ahmad. Walaupun sudah dihukum sebagai kesesatan yang boleh membawa kekafiran pada tahun 1978, masih ada sebahagian umat Islam yang menyebarkan "risalah" palsu ini (pada tahun 2009). Mari sama-sama kita lihat wasiat palsu tersebut serta sanggahan terhadapnya.

Wasiat Sheikh Ahmad

Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:

"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman. Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi membuat kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun dekat di atas kepala".

Pesanan hamba ini

Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.

Perhatian

Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.

Untuk maklumat

Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.

Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.

Di Terengganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.
Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan hidup.



Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Qurasyi, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1881 meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Qurasyi (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Qurasyi (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu
sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".


Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:

"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"




Sesungguhnya yang bidaah itu sesat dan orang-orang yang sesat itu tempatnya di neraka.

Meletakkan semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita semua. Sampaikan kepada sahabat-sahabat lain yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Waalahu Alam Bissawab.

Read more...

Monday, June 15, 2009

Si Dia...Kekasih Allah



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar−benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung−burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih−Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada−Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al−Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang−orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Read more...

Saturday, June 13, 2009

A Story to Tell...


An inner voice shouting to be heard, a deep feeling towards a friend’s leave...Yet another true story, from a friend to a friend...

Betapa besarnya nilai sesuatu persahabatan, yang berlandaskan ketulusan dan kejujuran hati, berdiri tegak di atas tiang-tiang Allah. Harimau mati meninggalkan belang, tapi pemergian seorang sahabat ini memberikan seribu satu kesedaran kepada orang-orang di sekelilingnya.

Kata teman saya :
“status YM dia sebelum dia meninggal : show me the path to heaven through the dessert”


Read more...

Thursday, June 11, 2009

SURAT CINTA



Cintakah aku padaNYA?
Setelah DIA berikan semua...
Cintakah aku padaNYA?
Setelah sebuku lembaran-lembaran cinta kuterima...
Cintakah aku padaNYA?
Walau sekerdil mana aku,DIA tetap terima dengan redha...
Tidak cintakah aku padaNYA?

Salam, yang di atas dikira prolog ok?
Surat cinta? Wah, kata-kata yang sungguh menarik perhatian bukan? Bak kata orang indonesia, asik bangat sih! Bikin seru!
Waktu kita terima surat cinta daripada si dia, hati jadi berdebar-debar. Tak sabar nak membaca isi kandungan surat, tapi pada masa yang sama, tak mahu perbacaan terhenti begitu cepat waktu sudah sampai pada kalimat love,......(ending surat selalunya..=P)

Read more...

Sunday, June 7, 2009

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 09


(Sila klik pada gambar di atas untuk resolusi yang lebih besar)
InsyaAllah pada hari Ahad, 14 Jun 2009 nanti, satu program akan diadakan khas oleh UPIMI kepada anda semua yang bertajuk BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 09. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menguruskan jenazah daripada memandikan sehinggalah mengkafankan. Peserta akan diberi satu 'makalah' yang telah dihasilkan oleh Ustaz Rais Ramli dan bolehlah dijadikan sebagai rujukan nanti..

Dan seperti yang dijanjikan, setiap program dari UPIMI akan ada kuiz, jadi, jangan lupa untuk membawa pen bagi menyertai kuiz di dalam program tersebut. Hadiah yang cukup lumayan InsyaAllah disediakan untuk pemenang kuiz.

Kepada pelajar-pelajar yang berminat, bolehlah menghubungi wakil batch masing-masing untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan informasi yang lebih lanjut..

Tidak lupa juga, pada hari itu, kami akan menyediakan sarapan pagi dan juga juadah makan tengah hari.

Semoga dengan kehadiran anda akan menambah keberkatan dan keceriaan dalam program kami nanti.. Apa lagi, jom daftar sekarang!!!!!

Hikmah Kematian

~Cukuplah Kematian Itu Sebagai Satu Peringatan~

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyedari bahawa hari-hari yang anda lalui justeru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.


Read more...

Saturday, June 6, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Disampaikan Di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah
Pada Tanggal 9HB Zulhijjah 10 Hijrah

Wahai manusia ,
Dengar baik baik apa yang ingin ku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah teliti kata kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini…

Read more...

Monday, June 1, 2009

~When It Comes Again~



Peperiksaan semakin hampir, makin ramai yang menghidap demam peperiksaan yang merebak tanpa ada paracetamol yang boleh menghalangnya.

Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun.

Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri . Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan ibu bapa dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami. Dan lain-lain .

Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik . Untuk diri sendiri , ibu bapa dan keluarga.

Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".

Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia .

Kepada semua mahasiswa kedokteran 06 dan 07 UGM,selamat berjuang........

Ad u'kum bittawfiq wan najah al mutafauwiqan fi ha zal imtihan.

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP