.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Monday, July 6, 2009

Waktunya Bersama Mereka...

Views

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t. kepada teman-teman seperjuangan sekalian. Alhamdulillah….pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur kerana sesungguhnya, Allah telah, sedang dan akan memberikan nikmat yang melimpah ruah kepada semua hamba-hamba-Nya.

Pada kesempatan kali ini, kita akan mengupas serba sedikit tajuk yang tertulis di atas. Mudah-mudahan, kita dapat memperbaiki diri dan mengikhlaskan diri sebelum kita pulang ke pangkuan mereka pada liburan semester kali ini. Sesungguhnya, jasa ibu bapa yang telah mereka curahkan pada kita tidak terhitung.

Ingin saya berkongsi satu kisah…..


Dari Abi Burdah, beliau melihat Ibnu Umar dan seorang penduduk Yaman yang sedang tawaf di Kaabah sambil mengendong ibunya di belakang. Orang itu bersenandung,”sesungguhnya diriku adalah tunggangan ibu yang sangat patuh. Apabila tunggangan yang lain lari, aku tidak akan lari”. Orang itu lalu berkata, “Wahai Ibnu Umar, apakah aku telah membalas budi kepadanya?” Ibnu Umar menjawab,”Engkau belum membalas budinya, walaupun setarik nafas yang dia keluarkan sewaktu melahirkan

Antara sebab lain yang mewajibkan kita berbakti kepada ibu bapa adalah:

Berbakti kepada ibu bapa adalah perintah Allah.

Katakanlah: marilah kubacakan apa yang diharamkan ke atas kamu oleh Tuhanmu iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa.” (QS: Al An’am: 151)

Pujian Allah pada para nabi kerana bakti mereka pada orang tua.

Perhatikan firman Allah tantang Nabi Yahya bin Zakaria a.s berikut yang ertinya,
Dan seorang yang berbakti kepada orang tuanya, dan bukanlah dia orang yang sombong lagi durhaka.” (QS: Maryam: 14)


Bakti pada orang tua akan menambah rezeki dan memperpanjang umur.

Dari Anas bin Malik r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
Siapa yang suka dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, maka berbaktilah pada orang tua dan sambunglah tali silaturahim (dengan kerabat).


(HR Ahmad Hasan Lighoirihi)





Antara amalan-amalan yang dianjurkan kepada anak-anak untuk berbakti kepada kedua orang tuanya ialah mentaati perintah keduanya selagi hal itu tidak dilarang Allah dan rasul-Nya, mendahulukan perintah mereka daripada perkara yang hanya dianjurkan (sunnah), menghiasi diri dengan akhlak yang mulia di hadapan mereka seperti merendahkan suara ketika berbicara, menjalin hubungan dengan keluarga orang tua dan sebagainya.

Sesungguhnya, ibu bapa telah banyak berkorban untuk kita. Kita seharusnya berusaha untuk berbakti kepada mereka. Walaupun kita tidak akan mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka, kita mestilah bersikap adil dan baik terhadap mereka. Apa yang mereka harapkan adalah berada di sisi anaknya dan dilayan dengan penuh kasih sayang. Untuk itu, luangkanlah sedikit waktu untuk mereka selama mereka masih ada.

Sekian saja celotehan saya pada kesempatan kali ini.Semoga ketemu lagi pada semester akan datang.

0 comments:

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP