.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Tuesday, July 14, 2009

Kekasih Hatiku....

Views

Nak share tentang KEKASIH aku?
( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA).
Penyayang sifatNYA...

Betul ni, tak tipu punya !
Pure cintalah nak dikategorikan tu.
Apa taknya,
Masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA,
Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati, boleh terus mengadu kat DIA direct !!! Bila aku mengadu kat DIA terasa peace je, for surelah, KEKASIH kan ?



Ish, beruntung betul la dapat KEKASIH macam ni. Tak pernah dan tak akan sakitkan hati aku. Pastu, bila-bila masa je boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab betul-betul rasa DIA dekat kat hati ni!
Ye la... Cinta punya pasal kan ?

Dia tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi memang rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan selalu contact DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke, spiritual ke, emm... memang kekasih sejati lah tu !

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang dia bagi tu...
Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku pernah frust gak. Memang sedih gile la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.

Tapi kekasih aku ni,lain. DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu.
Siap bagi semangat lagi-dalam surat dia. DIA tak jealous pun.
Aku je yang jealous ngan DIA, sebab memang ramai gak yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku kenalah usah betul-betul. Orang putih kata, what you give, you get back. So, kalau aku usaha lebih sikit, dapat lebih la kan?
KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect !
Tu yang kadang-kadang tangah-tangah malam pukul 3 4 pagi pun, kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah ! Asyik teringat DIA je setiap masa.

Sebenarnya kekasih aku ni kaya... Billionaire, milionaire, ntah apa-apa –aire lagi lah. Tak terkata kayanya. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support. Caya tak ? Believe me, its true. Free of charge pulak tu. Tapi aku tak sedap hati la sebab kita kena la hargai apa apa yang DIA bagi kan? Barulah betul bersyukur dan berterima kasih. So aku kenalah guna nikmat yang DIA bagi tu sebaik-baiknya...

Mak aku kata, kalau orang bagi sesuatu, ambil je la, pastu pandai-pandai nak hargai dan membalas budi. Yelah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Tak gitu ?
Itu yang buat aku sanggup berkorban apa-apa je untuk DIA. Cheewah !

DIA pesan kat aku belajar sungguh-sungguh, kuasai sebanyak ilmu yang boleh. Maklumlah, KEKASIH aku ni maha bijak+genius+cerdik...etc
So, kenalah aku penuhi tuntutan dia tu... DIA kata, tanppa ilmu, setiap benda@kerja@amal yang aku buat semua sia-sia je. Sebab tu la dia semakin sayang kat aku kalau rajin belajar. Rasa makin dekat dangan dia...

Aku pun malu la nak cakap banyak-banyak lagi. Emm... sebenarnya aku belum pernah jumpa DIA lagipun. Belum bersedia lagi, tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni... Kecut perut aku dibuatnya... So, aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat yang DIA bagi tu, aku tau la apa yang dia suka ngan tak suka. Mestilah aku nak buat yang dia suka…
DIA bertambah sayang la kat aku kan? Tak pe la, kena berkorban sekarang, sebab dia dah janji, siapa-siapa yang dia sayang, DIA bagi hadiah special yang orang tak pernah terfikir pun !!! Ish rindu sangat-sangat dah ni !!!!!!!!

KEKASIHKU, AKU BERJANJI. AKAN KU PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. SEKIRANYA NYAWA DIPERLUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN CINTA KU INI, NYAWAKU KAN KU KORBANKAN. KEKASIHKU, WALAU TAK PERNAH BERSUA, KU TETAP BAHAGIA...

0 comments:

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP