Suara Hatiku
Views
Dalam kehidupan ini, janganlah kita pandang hanya jasmani sahaja. Ketahuilah, sesungguhnya, kita ada roh.
Kalaulah kita hidup ini Cuma berdasarkan jasmani, di mana kita asyik suka benda yang cantik- cantik sahaja, itu sungguh tidak adil. Sungguh tak adil.
Kita akan mudah tertipu jika kita hanya melihat sesuatu melalui luaran sahaja.
Tanyalah hati, apakah yang lebih penting? Yang handsome kah? Atau yang bijak dan berimankah? Atau kita mahu keduanya? Hidup ini tentang pilihan, kita harus memilih. Kalau boleh, janganlah tamak…
Kalau nak tahu, roh itu tercipta jauh lebih lama sebelum jasad. Jasad itu seperti casing kepada roh kita sahaja. Janganlah penuhkan kehidupan seharian kita dengan penuhi keperluan jasad sahaja. Makan, tidur, tengok tv, belajar medic and bersenam. Semua itu memang penting, tapi bukankah lebih indah jika kita penuh kan juga keinginan roh kita. Solat Subuh awal, membaca al-mathurat, solat duha,, solat berjemaah. Kan molek tu,…
Aktiviti-aktiviti kerohanian ini tidak memakan waktu yang lama, masih lagi dapat bareng-bareng dengan aktiviti jasmani kita. Jadi, harap- harap kita pandai bahagikan masa untuk kedua benda penting dalam hidup kita ini. Kitakan student UGM, mesti pandai buat time table untuk sukses dunia-akhirat, kan? Amin,…
Roh itu, terdiri dari 3 benda pokok. Akal, nafsu dan hati.
Akal adalah suara berasal dari pengalaman empiric yang terjadi secara berulang-ulang. Akal itu seperti fungsi limbic system dan implicit memory kita.
Nafsu pula, ia merupakan rembesan akibat dari syahwat kesenangan dunia. Suara nafsu akan selalu mengajak kita buat benda yang ngak benar.
Sedangkan hati, itu adalah suara langit yang akan membawa kemaslahatan dan kebenaran untuk semua. Suara hati selalu mendorong kita untuk melakukan amal jariah.
Ada pepatah mengatakan, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Saya rasa kurang tepat pepatah ini untuk teks ini. Jika kita ikut suara hati, kita memang akan mati, tapi Insya-Allah, masuk syurga…
Ikutlah suara hati yang jujur, yang selalu menginginkan keredhaan-Nya. Bersikap benarlah dalam kehidupan, asahlah kepekaan hati, dan cobalah berfikir multi-perspektif sehingga muncul jawapan yang baik dan bijak.
Macam mana nak latih diri kita supaya mendengar suara halus yang selalu kita tekan dalam-dalam ini?
1)Berpalinglah dari kesenangan duniawi.
2)Tinggalkanlah suara dunia yang mengkhayalkan.
3)Hanya bercakap perkara yang bermanfaat. Jika tiada apa mahu di katakan, adalah lebih baik diam.
4)Selektiflah dalam bergaul.
5)Membiasakan lapar.
Dalam berlapar, saya sangat menggalakkan. Jika kita berlapar, liang-liang roma kita akn mengecil dan menyukarkan syaitan memasuki tubuh kita. Jadi diri kita akan tehindar dari godaan syaitan yang terkutuk itu. Amin,..
Dengan ini, Insya-Allah, suara hati kita akan sekuat suara yang menggunakan speaker. Dan saya percaya kamu semua mesti pernah mendengar pepatah, actions speak louder than words. Saya setuju. Suara hati kita sudah menjadi sekuat guruh, tapi kalau kalau kita tidak mahu ambil sebarang tindakan, sia-sialah suara itu wujud.
Tepuk dada, tanyalah hati. Apakah kita sudah siap untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik dari yang semalam?
Pernah cuba kuiz ni tak? Kira-kira matematik ni akan beritahu berapa banyak rakaat kita dah buat sepanjang hidup kita(ini kalau kita tak pernah tinggal sembahyang ;P).
Umur sekarang?= x
Umur baligh? = y
X minus y = z
Z times 12 = ans 1
Ans 1 times 30 = ans 2
Ans 2 times 17 = jumlah sembahyang kita.
Cobalah~~~!!!
0 comments:
Post a Comment