.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi

Seringkali kita menerima dan mengambil sesuatu tanpa melihat, mengkaji dan memahami sesuatu yang kita terima dan guna. Perkara ini banyak terjadi dalam kehidupan seharian kita dalam aspek sosio-budaya, ekonomi, pentadbiran, perundangan bahkan dalam urusan berkaitan dengan keagamaan.

Menjelang Rejab, ramai umat Islam khasnya di Malaysia menyebarkan kelebihan dan fadhilat amalan pada bulan haram ini. Ramai yang sering forward email berkaitan kelebihan amalan pada bulan Rejab dan Syaaban tanpa memeriksa samada perkara tersebut disandarkan kepada sumber yang sahih atau sebaliknya.


Kita perlu berhati-hati dalam menyatakan sesuatu terutamanya perkara yang berkaitan dengan hukum hakam. Oleh itu kita wajar merujuk kepada sumber yang sahih atau merujuk kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut, dan dalam hal ini sewajarnya merujuk kepada ustaz, mufti dan ulama’.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi menerusi sumber internet berkaitan dengan fadhilat bulan Rejab. Sumber ini saya perolehi daripada internet, maka saya tidak menjamin 100% sahih, mungkin boleh diragui, tetapi saya memilih artikel ini untuk dikongsi di sini kerana penyusun menyatakan rujukan yang lengkap dalam menyatakan setiap pandangan. Saya amat mengalu-alukan sebarang teguran jika terdapat kekurangan atau kesalahan dalam artikel ini.

Saya hanya meletakan sebahagian daripada artikel tersebut yang memuatkan pandangan sebahagian ulama’ muktabar. Sebahagian daripada pautan tersebut seperti berikut;



Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:
“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:
“Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath’i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha’if dan Mawdhu’, dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu”

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada’, didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’.

Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:

i. “Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu” – hadis ini Dha’if.

ii. “Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan” – hadis ini Dha'if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” – Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

“Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadis Mawdhu’

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

“Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui.”

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya :
“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. ! ! ! – riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”

4] Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh.

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.

Sumber: di sini


Read more...

Ahlan Ya Rajab...

Bulan Rejab menjelang tiba. Ahlan ya Rajab....



Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.

Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Beberapa peristiwa penting pada bulan Rejab.
Hadis palsu Rejab, Syaaban

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Berbakti Kepada Ibu Bapa Menjamin Keberkatan Hidup


:: Baiti Jannati ::

Penderhakaan kepada ibu bapa merupakan sebahagian daripada gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat segelintir daripada masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Lebih malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan untuk ibu bapa.

Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan ini merayu kepada anak-anak supaya mengambil mereka kembali untuk tinggal bersama namun tidak diendahkan. Selain itu terdapat juga anak-anak yang lebih memuliakan dan menghormati kawan-kawan dan sahabat handai berbanding dengan layanan kepada ibu bapa mereka sendiri.

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda:-

Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam surah al-Luqman ayat 14: -

Maksudnya : " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ".

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.



Sesungguhnya tanggungjawab anak-anak terhadap kedua orang tua bukanlah hanya dilakukan semasa hayat mereka masih ada sahaja tetapi berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan bakti mereka dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka, bersedekah, membayar segala hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Selain itu menghubungkan silaturahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang-orang kesayangan ibu bapa juga merupakan salah satu cara berbakti yang boleh kita lakukan.

Oleh yang demikian, kita seharusnya beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna di dunia ini. Jika kita gagal berbuat demikian, maka di kemudian hari kita akan menerima nasib yang sama. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :-

Maksudnya : " Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka . "

Read more...

Sunday, June 21, 2009

Tawakkal Kita....



Bismillahirrahmanirrahim…

Pembuka kalam penuh berkat..

Sesuai dengan sebuah Hadith yang berbunyi..
____________________________________________________________________________________

“Setiap perkara yang penting, tidak di mulakan ia dengan menyebut nama Allah,nescaya ia terputus (dari barakah)”.
_____________________________________________________________________________________

Selesai sudah Ujian Akhir Semester (UAS) untuk para pelajar Farmasi. Alhamdulillah. Semoga dengan semakin banyak ilmu yang bertambah , semakin tunduk kita kepada Yang Memiliki ilmu.

“Tapi, jangan cepat lupe yer… apa yang dah dibaca kelmarin-kelmarin tu..nanti penat nak kene start dari awal balik.. Kita bukan belajar untuk exam semata-mata..ada kewajiban yang lebih mendasar dari exam..”

Tapi...walaupun UAS dah selesai, still ada Ujian Remedial kan sampai 31 Juli? Belum boleh betul-betul relax lah. Masih kena bertemankan buku & nota. Untuk yang akan pulang ke Malaysia, Happy Holiday! Semoga cuti diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Seterusnya, sahabat-sahabat Medic pula akan ber‘exam’.

Nampaknya, sekarang memang musim exam di UGM (dan musim Mangga..hehe..) Preparation nya gimana ya mas? Mbak? Semoga semuanya dipermudahkan & dilapangkan oleh Yang Memiliki ilmu.

Last Minute Study????

Tidak mengapa..yang penting kita USAHA biar sampai ke minit terakhir. Semoga usaha kita, walau sedikit telat, ada berkah yang menyertai.

Sebagai muslim yang bersyahadat dengan nama Allah dan Rasul, kita diajarkan bahawa usaha bukanlah satu-satunya yang harus dilakukan dalam mencapai target dan mengejar tujuan. Kita di didik bahawa usaha itu harus dihadirkan bersama doa dan tawakkal.



Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Baca hingga betul-betul faham, bukan hanya untuk dimuntahkan kembali di atas kertas ujian. Yang utama, niat belajar mesti kerana Allah semata-mata. Baru ada nilai pahala di sisi Allah. Jika tidak, makanya usaha itu untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja, tidak akan menyumbang credit untuk saham di Akhirat.

Setelah usaha, bekalkan dengan doa. Berdoalah sebanyak-banyaknya agar dipermudahkan setiap urusan. Allah pasti mendengar setiap permintaan kita. Dia tidak pernah jemu mendengarkan permohonan kita walau selalu kita terlupa untuk bernafas sebagai hambaNya.

____________________________________________________________________

“Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya yang sentiasa berharap kepadaNya”
____________________________________________________________________


Tawakkal.

Sudah benar-benar faham erti tawakkal yang sering kita sebut?

Tawakkal itu bererti kita bergantung hanya kepada Allah semata-mata setelah kita berusaha dengan optimal sesuai keadaan dan kebolehan masing-masing.

Dengan tawakkal ini, apa pun yang berlaku adalah terbaik daripada Allah...
Dia lah sebaik-baik perancang, Maha Mengetahui dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya

Sudah study betul-betul (sampai ada yang tak tidur malam), Solat Hajat minta Allah lapangkan dada dan anugerahkan kejayaan. Call Parent minta didoakan..

Masuk exam hall, baca Bismillah.Lagi..sebelum jawab soalan, berdoa agar diberi ilham ketika menjawab. Tapi selepas 30 menit..

“pssssttttt….nombor 12, jawapan die ape eaa??”

“Jawapan ko nombor 24 ape??”

Adakah ini yang dinamakan Tawakkal?
Kalau benar bergantung hanya kepada Allah, kenapa mesti tanya kawan disebelah? Kenapa mesti bawa ‘Toyol’ dalam poket seluar, poket baju atau dalam pencil case. Atau lebih advanced, dalam handset atau PDA?

Kenapa mesti jeling-jeling (tapi under cover) jawapan kawan di kiri, kanan, depan?

Semuanya itu membuktikan kita telah bergantung kepada sesuatu yang lain selain Allah.
Atau, masih ada yang berkata bahawa kita sedang bergantung harap hanya kepada Allah dengan cara itu? Benarkah?

Allah sedang melihat.

Malaikat Atid tidak pernah sesekali lupa untuk mencatat.

Dimanakah letaknya Tawakkal kita tadi?

Kenapa masih ada pergantungan lain selain Allah?

Tidak yakin dengan pertolongan Allah? Belum cukup bantuan Allah untuk kita?

Sedangkan kawan yang kita jeling tadi juga diberi ilham oleh Allah untuk menjawab.

Kenapa kita tidak bergantung terus kepadaNya?

____________________________________________________________________

“Hanya Engkau tuhan yang kami sembah, dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan” ( Al Fatihah 1: 4)
____________________________________________________________________



Sebenarnya, bukan markah ujian, bukan nilai pointer yang Allah lihat. Tapi nilai-nilai iman,takwa dan usaha, itu yang dicatat. Itu yang akan dibawa sebagai bekal pulang ke negeri akhirat. Bukan hasil ujian. Memang tiada kelulusan dunia tanpa Sistem Ujian. Tapi untuk dunia sahaja. Exam menjadi medium. Jika kita menjawab ujian dengan jujur, kita ber’ujian’ juga akan menjadi ibadah untuk kita.

Tak ada guna kita mendapat nilai yang bagus hasil daripada meniru, tapi tiada berkat dalam kejayaan itu. Sedangkan keberkatan hidup itu amat penting, Very Crucial dalam Bahasa Inggeris. Itu yang sering kita mohon pada Allah. Mungkin hari ini kita berjaya, tapi esok-esok, kejayaan itu belum pasti dapat membahagiakan kita.


Konsep tawakkal ini bukan untuk diaplikasikan dalam musim Exam sahaja. Tetapi dalam setiap inci urusan kita sebagai Muslim. Dalam setiap urusan, kesenangan, kesulitan, dari sebesar-besar hingga yang sekecil-kecilnya. Hanya kepada Allah kita bergantung harap.


Cukuplah Allah untukku.
____________________________________________________________________

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Talaq 65; 2-3)
____________________________________________________________________



“Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely…..”

GOOD LUCK untuk semua~

Yang mahu ber‘exam’, Co-as, skripsi, pendadaran, KKN…

Mari kita saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain.
Semoga setiap kerja yang kita lakukan, bernilai ibadah disisi Allah.

Read more...

Iman Semut vs. Iman Manusia


Kisah kali ini berkisarkan tentang BESARNYA JURANG PERBEZAAN di antara IMAN SEMUT & IMAN MANUSIA...

Apa bezanya???
Iye ke besar bezanya????
Fahami,hayati dan renung-renungkanlah ok!!!!

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Sulaiman a.s. berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman a.s. nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman a.s. merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s. pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?" Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".


Lantas Nabi Sulaiman a.s. pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Sulaiman a.s. pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Sulaiman a.s. pun mengambil satu bekas, baginda mengangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi mengambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi meninggalkan semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Apabila cukup satu bulan Nabi Sulaiman a.s. melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman a.s. menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!

IMAN MANUSIA
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa dikebumikan, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk dikebumikan mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah dikebumikan, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di soal oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?" Jawab Imam Suffian: "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Read more...

Thursday, June 18, 2009

Bidadari Bidadari Surga


Sinopsis
Kepedihan, penderitaan, suka cita, canda tawa, cinta dan pengorbanan, tumpah ruah di pondok bambu Lembah Lahambay rumah keluarga mamak Lainuri dan Laisa.
Pengorbanan tulus tiada tara seorang Laisa. Setelah bapaknya meninggal diterkam harimau gunung Klendeng, mamak Lainuri lantas berjuang demi kelangsungan hidup anak-anaknya. Laisa memutuskan berhenti sekolah dan berjanji dalam hatinya untuk memperjuangkan pendidikan adik-adiknya hingga mereka berjaya.

Dalimunte, Profesor muda yang mengejutkan dunia sains dengan penelitiannya “Pembuktian tak terbantahkan Bulan yang pernah terbelah”. Dan penelitiannya tentang badai elektromagnetik antara galaksi. Profesor yang berhasil menciptakan rangkaian kincir air saat umurnya beranjak 12 tahun, sebagai perintis bakal kemakmuran di Lembah Lahambay.

Ikanuri dan Wibisana, 2 orang teknisi dan pengusaha sparepart hingga menjual ‘chasis’ ke Eropah bersaing dengan perusahaan China. Dua anak kecil yang hampir diterkam siluman Gunung Klendeng kerana terlalu bebalnya mereka.

Yashinta, si kecil manis yang berubah menjadi peneliti pada lembaga konservasi alam, menjelajah lebih dari 27 gunung di dunia. Ia mendaki, memanjat dan menyelam hingga pedalaman Papua. Mungkin jika ia tak melihat berang-berang pagi itu bersama kak Laisa, ia tak akan mencapai kejayaan itu, hingga kuliah S2 di Belanda.

Suatu saat mereka menerima pesan dari mamak Lainuri:
“PULANGLAH. Sakit kakak kalian semakin parah. Doktor memberitahu mungkin minggu depan, mungkin besok pagi, boleh jadi pula nanti malam. Benar-benar tidak ada waktu lagi. Anak-anakku, sebelum semuanya terlambat, pulanglah..”

Kisah perjalanan mereka diceritakan attraktif dan sederhana tapi menyentuh oleh penulis. Dengan gaya penceritaan alur mundur dan meloncat-loncat, cerita tetap enak dinikmati.
Haru, sedih, tawa, bangga, bergantian saat membaca kisah ini. Saya dibuat menangis oleh penulis saat detik-detik kematian Laisa, bersamaan dengan pernikahan Yashinta dan Goughsky, saat Laisa menerjang hujan mencari doktor demi Yashinta. Saat ikanuri mengatakan kau bukan kakak kami.

Romantisme juga ditunjukkan dalam cerita ini. Saat Dalimunte dan Cie Hui menikah di lembah strawberry. Saat Yashinta bertengkar dengan lelaki setengah-setengah bermata biru keturunan Uzbekisthan. Dan saat-sat sigung bebal, Ikanuri dan Wibisana meminang Wulan dan Jasmine pada hari dengan kata-kata yang sama, menikah di hari yang sama, ditambah isterinya melahirkan anak di hari yang sama pula.

Selamat Membaca....

Download Bidadari-bidadari Surga oleh Tere Liye
Part 1
Part 2

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Wasiat Palsu Sheikh Ahmad



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Fenomena surat berantai sering saja kelihatan di mana-mana. Seiring peluasan pengaruh internet, Bahkan, surat berantai yang ditulis puluhan tahun yang lampau masih berkita dalam kalangan umat Islam. Salah satu surat berantai yang paling terkenal adalah surat berantai Wasiat Sheikh Ahmad. Walaupun sudah dihukum sebagai kesesatan yang boleh membawa kekafiran pada tahun 1978, masih ada sebahagian umat Islam yang menyebarkan "risalah" palsu ini (pada tahun 2009). Mari sama-sama kita lihat wasiat palsu tersebut serta sanggahan terhadapnya.


Wasiat Sheikh Ahmad

Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:

"Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman. Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi membuat kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun dekat di atas kepala".

Pesanan hamba ini

Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.

Perhatian

Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.

Untuk maklumat

Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.

Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.

Di Terengganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.
Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan hidup.



Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Qurasyi, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1881 meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Qurasyi (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Qurasyi (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu
sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".


Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu"
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti 'sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.' Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:

"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada Allah" dengan penuh keikhlasan hatinya"




Sesungguhnya yang bidaah itu sesat dan orang-orang yang sesat itu tempatnya di neraka.

Meletakkan semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita semua. Sampaikan kepada sahabat-sahabat lain yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Waalahu Alam Bissawab.

Read more...

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP