.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Friday, November 13, 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 H

Views

Kepada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang dirahmati Allah S.W.T


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sehubungan perkara di atas, UPIMI dengan kerjasama Kelab UMNO Yogyakarta dan Biro Kerohanian Muslim PKPMI-CY akan mengadakan Solat Sunat dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha sempena Hari Raya Haji 1430 H. Berikut adalah detail acara tersebut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 27 November 2009 bersam
aan 10 Zulhijjah 1430 H
Tempat : Yayasan Kanker Indonesia Cabang Yogyakarta,
Sendowo Blok G-hujung, Sleman


Kehadiran saudara/i sekalian amat kami alu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha serta mengeratkan lagi silaturrahmi dan kekeluargaan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.=)

Aturcara Majlis

Peta Lokasi

P/s: Jangan lupa bawa sejadah anda~!

0 comments:

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP