Panduan Ibadah Pesakit
Views
e-book ini adalah keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Cetakan pertamanya pada tahun 2001. Bagi yang berminta bolehlah melayarinya di sini atau mendownload untuk dibaca dalam paparan pdf.
Sebelum ini Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah menerbitkan buku yang sama sebagai penduan ibadat bagi pesakit-pasakit. Bezanya buku PANDUAN TAYAMMUM, WUDU’ DAN SOLAT BAGI PESAKIT keluaran Jakim ini ialah, ia lebih merujuk kepada panduan ibadat berdasarkan mazhab Syafie.
Buku ini juga turut disemak sebanyak 3 kali setiap kali cetakannya diperbaharui oleh alim ulama’ yang berautoriti. Berbeza dengan panduan ibadat keluaran PPIM lebih meraikan pesakit dengan mengetengahkan pendapat-pandapat yang mudah daripada sumber pelbagai mazhab.
Saya tidak menjumpai link buku Panduan Ibadah Pesakit keluaran PPIM, mungkin buku ini hanya ada dalam edisi cetak. Secara kebetulan juga saya baru terjumpa e-book berjudul Panduan Ibadah Pesakit keluaran Konsortium Hospital Islam Malaysia. Buku masih baru dilancarkan pada April 2009 dan boleh didownload di link ini. Pastikan anda mempunyai perisian untuk membaca file pdf.
Dalam kondisi kesihatan yang tidak baik, Islam tetap mewajibkan umatnya terus beribadat terutamanya menjaga solat. Ketegasan ini dapat dilihat dalam pensyariatan Solat Khauf, iaitu solat ketika berada dalam medan peperangan.
Ramai yang memudahkan soal solat apabila ditimpa sakit. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam wad di mana-mana hospital di Malaysia. Ironinya, ibadat dalam keadaan sakit menjadi tuntutan kepada setiap mukallaf untuk mengetahuinya.
Semoga e-book ini bermanfaat.
2 comments:
entry yg bagus & bermanfaat..
kun izzul-terima kasih atas komennya.wong jogja bile lagi nak bagi ape2 komen.takkan lalu x meninggalkan jejak kot.=D
Post a Comment