.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Sunday, May 31, 2009

Kesaksian Seorang Dokter

Views

Author: Dr.Khalid Bin Abdul Aziz Al-Jubair SpJP
Genre: Religion & Spirituality

Kesaksian Seorang Dokter-Mensucikan Hati melalui Kisah-kisah Nyata



'Allahu Akbar,Allahu Akbar,Asyhadu alla ilaha illallah'... itulah suara azan yang terdengar melalui stetoskop yang diletakkan pada dada seorang pesakit yang telah meninggal dunia.


Dr Jasim al-Hadistsy berkata,"Saya rasa suara itu adalah azan subuh.Kemudian saya bertanya kepada salah seorang nurse(perawat),'Pukul berapa sekarang?
Dia menjawab,'Pukul 1 pagi".Saya tahu bahawa saat ini belum tiba saatnya azan subuh,kemudian saya kembali meletakkan stetoskop di atas dadanya dan saya kembali mendengarkan azan tersebut selengkapnya.

Maka saya bertanya kepada keluarga pesakit yang meninggal ini tentang keadaannya semasa hidup,mereka menjelaskan,"Dia bekerja sebagai muazzin di sebuah masjid,biasanya,biasanya dia datang ke masjid kira-kira 15minit sebelum tiba waktunya atau kadang-kadang lebih awal lagi,dia selalu mengkhatamkan Al-Quran dalam 3 hari dan sangat menjaga lisannya dari kesalahan".

Inilah salah satu dari kisah di dalam buku ini,dan masih banyak lagi kisah-kisah yang sarat dengan pelajaran dan iktibar. Penulis menyampaikan sebuah kisah,kemudian mengungkap keajaiban-keajaiban dari kisah tersebut,dan ditutup dengan pelajaran dan hikmah yang dapat diambil dari setiap kisah-kisah itu.

Hal yang menarik dari buku ini adalah bahawa kisah-kisah yang diceritakan oleh penulis betul-betul kisah nyata yang dialaminya selama bertugas di Hospital Riyadh,Arab Saudi hingga sekarang. Di samping sebagai seorang doktor pakar bedah jantung,penulis juga seorang da'i yang popular, sehingga setiap pelajaran dan nasihat yang disampaikan disebalik kisah-kisah dan kesaksiannya selalu disertai dengan penjelasan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau juga sering menyampaikan dakwahnya di masjid-masjid dan di seminar-seminar.

Semoga pelajaran dari kisah-kisah ini dapat menjadi nasihat dan teladan bagi kita semua.
Selamat membaca!!!!

0 comments:

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP