.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***
Showing posts with label Campus Zone. Show all posts
Showing posts with label Campus Zone. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Jom Lia.....



Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya


Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket

Jongkang jongket?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu


Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah



Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka hirup keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja

Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya

Itulah kunci kejayaan seorang mukmin.
Aug 12, '07 12:38 AM-http://upimi.multiply.com

Read more...

Sunday, June 21, 2009

Tawakkal Kita....



Bismillahirrahmanirrahim…

Pembuka kalam penuh berkat..

Sesuai dengan sebuah Hadith yang berbunyi..
____________________________________________________________________________________

“Setiap perkara yang penting, tidak di mulakan ia dengan menyebut nama Allah,nescaya ia terputus (dari barakah)”.
_____________________________________________________________________________________

Selesai sudah Ujian Akhir Semester (UAS) untuk para pelajar Farmasi. Alhamdulillah. Semoga dengan semakin banyak ilmu yang bertambah , semakin tunduk kita kepada Yang Memiliki ilmu.

“Tapi, jangan cepat lupe yer… apa yang dah dibaca kelmarin-kelmarin tu..nanti penat nak kene start dari awal balik.. Kita bukan belajar untuk exam semata-mata..ada kewajiban yang lebih mendasar dari exam..”

Tapi...walaupun UAS dah selesai, still ada Ujian Remedial kan sampai 31 Juli? Belum boleh betul-betul relax lah. Masih kena bertemankan buku & nota. Untuk yang akan pulang ke Malaysia, Happy Holiday! Semoga cuti diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Seterusnya, sahabat-sahabat Medic pula akan ber‘exam’.

Nampaknya, sekarang memang musim exam di UGM (dan musim Mangga..hehe..) Preparation nya gimana ya mas? Mbak? Semoga semuanya dipermudahkan & dilapangkan oleh Yang Memiliki ilmu.

Last Minute Study????

Tidak mengapa..yang penting kita USAHA biar sampai ke minit terakhir. Semoga usaha kita, walau sedikit telat, ada berkah yang menyertai.

Sebagai muslim yang bersyahadat dengan nama Allah dan Rasul, kita diajarkan bahawa usaha bukanlah satu-satunya yang harus dilakukan dalam mencapai target dan mengejar tujuan. Kita di didik bahawa usaha itu harus dihadirkan bersama doa dan tawakkal.



Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Baca hingga betul-betul faham, bukan hanya untuk dimuntahkan kembali di atas kertas ujian. Yang utama, niat belajar mesti kerana Allah semata-mata. Baru ada nilai pahala di sisi Allah. Jika tidak, makanya usaha itu untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja, tidak akan menyumbang credit untuk saham di Akhirat.

Setelah usaha, bekalkan dengan doa. Berdoalah sebanyak-banyaknya agar dipermudahkan setiap urusan. Allah pasti mendengar setiap permintaan kita. Dia tidak pernah jemu mendengarkan permohonan kita walau selalu kita terlupa untuk bernafas sebagai hambaNya.

____________________________________________________________________

“Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya yang sentiasa berharap kepadaNya”
____________________________________________________________________


Tawakkal.

Sudah benar-benar faham erti tawakkal yang sering kita sebut?

Tawakkal itu bererti kita bergantung hanya kepada Allah semata-mata setelah kita berusaha dengan optimal sesuai keadaan dan kebolehan masing-masing.

Dengan tawakkal ini, apa pun yang berlaku adalah terbaik daripada Allah...
Dia lah sebaik-baik perancang, Maha Mengetahui dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya

Sudah study betul-betul (sampai ada yang tak tidur malam), Solat Hajat minta Allah lapangkan dada dan anugerahkan kejayaan. Call Parent minta didoakan..

Masuk exam hall, baca Bismillah.Lagi..sebelum jawab soalan, berdoa agar diberi ilham ketika menjawab. Tapi selepas 30 menit..

“pssssttttt….nombor 12, jawapan die ape eaa??”

“Jawapan ko nombor 24 ape??”

Adakah ini yang dinamakan Tawakkal?
Kalau benar bergantung hanya kepada Allah, kenapa mesti tanya kawan disebelah? Kenapa mesti bawa ‘Toyol’ dalam poket seluar, poket baju atau dalam pencil case. Atau lebih advanced, dalam handset atau PDA?

Kenapa mesti jeling-jeling (tapi under cover) jawapan kawan di kiri, kanan, depan?

Semuanya itu membuktikan kita telah bergantung kepada sesuatu yang lain selain Allah.
Atau, masih ada yang berkata bahawa kita sedang bergantung harap hanya kepada Allah dengan cara itu? Benarkah?

Allah sedang melihat.

Malaikat Atid tidak pernah sesekali lupa untuk mencatat.

Dimanakah letaknya Tawakkal kita tadi?

Kenapa masih ada pergantungan lain selain Allah?

Tidak yakin dengan pertolongan Allah? Belum cukup bantuan Allah untuk kita?

Sedangkan kawan yang kita jeling tadi juga diberi ilham oleh Allah untuk menjawab.

Kenapa kita tidak bergantung terus kepadaNya?

____________________________________________________________________

“Hanya Engkau tuhan yang kami sembah, dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan” ( Al Fatihah 1: 4)
____________________________________________________________________



Sebenarnya, bukan markah ujian, bukan nilai pointer yang Allah lihat. Tapi nilai-nilai iman,takwa dan usaha, itu yang dicatat. Itu yang akan dibawa sebagai bekal pulang ke negeri akhirat. Bukan hasil ujian. Memang tiada kelulusan dunia tanpa Sistem Ujian. Tapi untuk dunia sahaja. Exam menjadi medium. Jika kita menjawab ujian dengan jujur, kita ber’ujian’ juga akan menjadi ibadah untuk kita.

Tak ada guna kita mendapat nilai yang bagus hasil daripada meniru, tapi tiada berkat dalam kejayaan itu. Sedangkan keberkatan hidup itu amat penting, Very Crucial dalam Bahasa Inggeris. Itu yang sering kita mohon pada Allah. Mungkin hari ini kita berjaya, tapi esok-esok, kejayaan itu belum pasti dapat membahagiakan kita.


Konsep tawakkal ini bukan untuk diaplikasikan dalam musim Exam sahaja. Tetapi dalam setiap inci urusan kita sebagai Muslim. Dalam setiap urusan, kesenangan, kesulitan, dari sebesar-besar hingga yang sekecil-kecilnya. Hanya kepada Allah kita bergantung harap.


Cukuplah Allah untukku.
____________________________________________________________________

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Talaq 65; 2-3)
____________________________________________________________________



“Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely…..”

GOOD LUCK untuk semua~

Yang mahu ber‘exam’, Co-as, skripsi, pendadaran, KKN…

Mari kita saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain.
Semoga setiap kerja yang kita lakukan, bernilai ibadah disisi Allah.

Read more...

Monday, June 1, 2009

~When It Comes Again~



Peperiksaan semakin hampir, makin ramai yang menghidap demam peperiksaan yang merebak tanpa ada paracetamol yang boleh menghalangnya.

Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun.

Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri . Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan ibu bapa dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami. Dan lain-lain .

Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik . Untuk diri sendiri , ibu bapa dan keluarga.

Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".

Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia .

Kepada semua mahasiswa kedokteran 06 dan 07 UGM,selamat berjuang........

Ad u'kum bittawfiq wan najah al mutafauwiqan fi ha zal imtihan.

Read more...

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP