.: Ahlan Wa Sahlan :.

Alhamdulillah, usaha untuk melancarkan semula site Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) telah berjaya. Semoga dengan wujudnya site ini, akan lebih memudahkan usaha kita menggunakan alternatif ICT untuk berdakwah. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah swt. Buat sahabat-sahabat di Jogjakarta khususnya, dan Indonesia amnya, gunakanlah site ini semaksimal mungkin, dan sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, bolehlah dikemukan terus kepada administrator site ini..:)

*** UPIMI sangat memerlukan sumbangan infaq dari anda untuk memastikan kelancaran setiap program yang dirancangkan. Bagi yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke :

No. Akaun : 9101658799 (Bank Muamalat Indonesia)
Atas Nama : Noor Hayati Binti Sabtu CQ UPIMI

Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda dalam membantu UPIMI memartabatkan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Jogjakarta ini. ***

Tuesday, December 29, 2009

Diskusi Halal Haram Dalam Islam



Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia akan mengadakan program Diskusi Halal Haram Dalam Islam bersama Ustaz Nanung Danar Dono,Sekretaris Eksekutif LPPOM MUI DIY .


Berikut adalah info acara;
Tarikh : 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (JUMAAT)
Tempat: Ruang Kuliah Lantai II,FKUGM
Waktu : 8.15-11.00 pagi

Tentatif Acara:
8.00am-Kehadiran mahasiswa
8.15am-Acara dimulakan
Doa pembuka majlis
Bacaan al-Quran
8.30am- Diskusi Halal Haram
10.30am-Tayangan video & soal jawab
11.00am-Majlis bersurai

Pendaftaran pada wakil-wakil berikut (sebelum 31/12/2009) berserta yuran Rp5000 untuk bahan diskusi(materi),sarapan pagi dan makan tengahari.

Isa (2005)
Yasmin (2006)
Atikah (2007)
Shida (2008)
Naqib & Nadhrah (2009)
Dalila (Farmasi& KG)

Read more...

Friday, December 25, 2009

HUKUM QADHA' SOLAT

Imam An Nawawi seorang mujtahid fatwa dalam Mazhab Syafie menerangkan dalam kitab Syarah Muslim Juzu' V, halaman 181 ertinya :

Seorang yang meninggalkan solat fardhu, wajib diqadha'. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan tetapi sunat menyegerakan. Sekiranya ketinggalan itu tanpa uzur contohnya disengajakan, maka wajib diqadha' segera.

Membayar solat yang banyak tertinggal harus dibayar mengikut tertib cara ditinggalkannya. Yang dahulu hendaklah didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Tertib ini hukumnya sunat.Jika yang ditinggal itu solat sunat rawatib iaitu solat sunta biasa yang dikerjakan sebelum dan sesusah solat, harus juga diqadha'. Tetapi solat sunat yang dikerjakan kerana sebab khusus seperti solat khusuf matahari (gerhana matahari), solat khusuf bulan (gerhana bulan), solat sunat istisqa' (solat sunat meminta hujan) maka tidaklah disyari'atkan mengqadha'nya, jika sudah terlepas dari waktunya.



Dalil

Hadith :

Dari Abu Hurairah radiyaLLahu 'anhu bahawasanya Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam ketika kembali dari Peperangan Khaibar, beliau berjalan malam hari, sampai beliau mengantuk dan lalu berhenti untuk tidur.

Nabi memerintahkan kepada sahabat beliau bernama Bilal supaya berjaga-jaga jangan tidur, dihuatirkan jangan tertidur semuanya. Nabi terus tidur dan Bilal terus sembahyang pada malamitu.

Tetapi setelah dekat fajar, Bilal pun mengantuk tidak tahan matanya dan bersandar pada kenderaannya dan lalu tertidur dengan nyenyak.

Maka RasuluLlah dan sahabat-sahabat, begitu juga Bilal yang disuruh berjaga-jaga dibangunkan oleh matahari yang sudah tingg, dan waktu subuh luput. RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mula-mula terbangun dan beliau sangat susah, lalu bersabda kepada Bilal : Wahai Bilal bagaimana ni?

Bilal menjawab : Saya juga tertidur ya RasuluLLah, saya tidak kuat menahan mata saya. Lalu RasuluLLah memerintahkan supaya seluruh sahabatnya berangkat, naik unta semuanya.

Tidak jauh dari tempat itu, beliau berhenti lagi dan langsung berwudhuk memerintahkan kepada Bilal supaya qamat. Maka Nabi sembahyang subuh bersama-sama mereka, mengqadha' sembahyang yang luput.

Setelah selesai mengqadha' sembahyang, Nabi bersabda : Barangsiapa kelupaan sembahyang, maka hendaklah ia bayar (qadha') sembahyang itu bila dia teringat, kerana ALLah berfirman; "Tegakkanlah sembahyang untuk mengingatiKu." (Hadith riwayat Muslim dan lain-lain - Lihat syarh Muslim juzu' V halaman 18-184)

Di dalam Sahih Muslim :

Hadith RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :


Ketahuilah bahawasanya dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia; yang sia-sia (yang akan mendapat hukuman) adalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga sampai waktu solat yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan solat itu."
(Hadith riwayat Muslim)

Hadith Riwayat Muslim

RasuluLlah bersabda yang bererti :

Barangsiapa yang lupa solat atau tertidur, maka ia harus menggantikannya apabila ia teringat. Tiada kaffarah bagi mereka selain itu."
(Hadith Riwayat Muslim, Syarah Juzu' V halaman 193)

Dari Jabir bin 'AbdiLLah beliau berkata :
Bahawasanya Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu datang kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada ketika Peperangan Khandaq, sesudah terbenam matahari. Saidina Umar ketika itu memaki-maki kafir Quraisy dan berkata kepada RasuluLlah: Wahai RasuluLlah, saya hampir tidak solat 'asar sampai matahari terbenam, maka Nabi menjawab : Demi ALlah, saya juga belum solat 'Asar.

Berkata Jabir : "Maka kami semuanya berangkat ke Buthan maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula, lalu Nabi solat 'Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu baru Nabi solat Maghrib
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini diletakkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya pada 3 tempat dengan judul yang berlainan iaitu :

1. Bab menyatakan solat Jemaah sesudah habis waktu (Fathul Bari, juzu' II halaman 208)
2. Bab mengqadha' solat (Fathul Bari juzu' II halaman 212)
3. Bab Perang Khandaq (Fathul Bari, juzu' VIII halaman 409).

Sumber diambil dari : K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Cet Kedua 1980, Pustaka Aman Press, Kelantan.

Bacaan Tambahan dan Perbincangan : Hukum Qadha' Solat di IluvIslam

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

Coming Soon...PERMAI 2010

klik pada poster untuk pembesaran

klik pada poster untuk pembesaran

Untuk info lanjut tentang PERMAI, sila layari laman web berikut:
-PERMAI 2010
-Video promosi PERMAI 2010

Read more...

A Story to be Shared...



There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!


Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ' Fatima , let's wash the dishes.' But Fatima said, 'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.'

Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed told me he wanted to help.' She whispered again, 'Remember the duck?'So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima 's, he finally couldn't stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would stand Fatima 's doing.'

Thought for the day and every day thereafter?

Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...You need to know that Allah knew it as He saw the whole thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.

He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.



The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He loves you. It is by Allah's grace and mercy that we are saved.

Go ahead and make a difference in someone's life today. Share this with a friend and always remember: Allah is always watching!

Related article:
Taubat
Jan 9, '09 10:17 AM http://upimi.multiply.com

Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Apa Ada Pada Muharram???


Oleh Dr. Ahmad Zain An-Najah, M.A

Bulan Muharam adalah bulan yang mulia. Namun demikian, tak banyak kaum Muslim yang tau bagaimana memperlakukannya. Bahkan lebih banyak salah memahaminya. Ada beberapa pelajaran yang bisa kita ambil dalam masalah Bulan Muharam.

Pertama, Bulan Muharram Adalah Bulan Yang Mulia

Bulan Muharram adalah bulan yang mulia, hal itu dikarenakan beberapa hal:

1. Bulan ini dinamakan Allah dengan “ Syahrullah “, yaitu bulan Allah. Penisbatan sesuatu kepada Allah mengandung makna yang mulia, seperti “ Baitullah “ ( rumah Allah ), “Saifullah”
( pedang Allah ), “ Jundullah” ( tentara Allah) dan lain-lainnya. Dan ini juga menunjukkan bahwa bulan tersebut mempunyai keutamaan khusus yang tidak dimilili oleh bulan-bulan yang lain.

2. Bulan ini termasuk salah satu dari empat bulan yang dijadikan Allah sebagi bulan haram, sebagaimana firman Allah swt :

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya terdapat empat bulan haram.” (Q.S. at Taubah :36).



Dalam hadis Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :

Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaiman bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Dzulqo’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada Tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Bulan ini dijadikan awal bulan dari Tahun Hijriyah, sebagaimana yang telah disepakati oleh para sahabat pada masa khalifah Umar bin Khattab ra. Tahun Hijriyah ini dijadikan momentum atas peristiwa hijrah nabi Muhammad saw.

Kedua, Pada Bulan ini Disunnahkan Untuk Berpuasa

Bulan Muharram adalah bulan yang disunnahkan di dalamnya untuk berpuasa, bahkan merupakan puasa yang paling utama sesudah puasa pada bulan Ramadhan, sebagaimana yang tersebut dalam hadist Hurairah ra, di atas. Hadist di atas menunjukkan bahwa Rasulullah saw menganjurkan kaum Muslimin untuk melakukan puasa sebanyak-banyaknya pada bulan Muharram. Tetapi tidak dianjurkan puasa satu bulan penuh, hal itu berdasarkan hadist Aisyah ra, bahwasanya ia berkata : “Saya tidak pernah melihat sama sekali Rasulullah saw berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat beliau berpuasa paling banyak pada suatu bulan, kecuali bulan Sya’ban. “( HR Muslim )

Pertanyaan yang muncul adalah bagaimana Rasulullah saw menyebutkan bahwa bulan Muharram adalah bulan yang paling mulia sesudah Ramadhan, padahal beliau sendiri lebih banyak melakukan puasa pada bulan Sya’ban dan bukan pada bulan Muharram ? Jawabannya : Para ulama memberikan beberapa alasan, diantaranya bahwa Rasulullah saw belum mengetahui keutamaan bulan Muharram kecuali pada detik-detik terakhir kehidupan beliau, sehingga belum sempat untuk berpuasa sebanyak-banyaknya, atau mungkin adanya udzur syar’I yang menghalangi beliau untuk memperbanyak puasa pada bulan tersebut, seperti banyak melakukan perjalan jauh (safar) atau udzur-udzur yang lain.

Puasa bulan Muharram ini berdasarkan hadist di atas adalah puasa yang paling utama dalam sesudah Ramadhan dalam satu bulan. Sedangkan puasa Arafah adalah puasa yang paling utama sesudah Ramadhan bila dilihat dari sisi hari.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, yaitu Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (HR. Muslim)

Ketiga, Bulan Muharram terhadap Hari Asyura’

Hari Asyura’ artinya hari kesepuluh dari bulan Muharram. Pada hari itu dianjurkan untuk berpuasa, sebagaimana yang tersebut di dalam hadist Ibnu Abbas ra berkata : “ Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’, maka beliau bertanya : “Hari apa ini?”. Mereka menjawab :“Ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, oleh karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian“ . Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa.”(HR Bukhari dan Muslim)

Bagaimana cara berpuasa pada hari Asyura ? Menurut keterangan para ulama dan berdasarkan beberapa hadist, maka puasa Asyura bisa dilakukan dengan empat pilihan : berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram, atau berpuasa pada tanggal 10 dan 11 Muharram atau berpuasa pada tanggal 9,10, dan 11 Muharram, atau berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, tetapi yang terakhir ini, sebagian ulama memakruhkannya, karena menyerupai puasanya orang-orang Yahudi.

Cara berpuasa di atas berdasarkan hadist Ibnu Abbas ra, bahwasanya ia berkata : Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan memerintahkan kaum Muslimin berpuasa, para shahabat berkata : “Wahai Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah pun bersabda :"Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadist Ibnu Abbas ra, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda : “Puasalah pada hari Asyura’, dan berbuatlah sesuatu yang berbeda dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ ( HR Ahmad dan Ibnu Khuzaimah ) Dalam riwayat Ibnu Abbas lainnya disebutkan : “Berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya.“Apa keutamaan puasa pada hari Asyura’ ini ? Keutamaannya adalah barang siapa yang puasa dengan ikhlas pada hari Asyura’ tersebut, niscaya Allah swt akan menghapus dosa-dosanya yang telah dikerjakan selama satu tahun sebelumnya, sebagaimana yang tersebut di dalam hadist Abu Qatadah ra, bahwasanya seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa ‘Asyura’, maka Rasulullah saw menjawab : “ Saya berharap dari Allah swt agar menghapus dosa-dosa selama satu tahun sebelumnya. " ( HR Muslim )

Dosa-dosa yang dihapus disini adalah dosa-dosa kecil saja. Adapun dosa-dosa besar, maka seorang Muslim harus bertaubat dengan taubat nasuha, jika ingin diampuni oleh Allah swt.

Adapun hikmah puasa Asyura’ adalah sebagai bentuk kesyukuran atas selamatnya nabi Musa as dan pengikutnya serta tenggelamnya Fir’aun dan bala tentaranya, sebagaimana yang tersebut dalam hadist Ibnu Abbas di atas.

Wallahualam....


Read more...

Sunday, December 13, 2009

Kisah Cinta Yang Tragis.....


Saya pernah hadir dalam satu pengisian yang diberikan oleh salah seorang pensyarah saya. Beliau membawa kisah mengenai A,B,C dan D. A merupakan seorang perempuan yang begitu cantik. Dia digilai oleh ramai lelaki. Akhirnya, A jatuh cinta kepada B dan mereka pun bertunang. Mereka dipisahkan oleh lautan kerana B tinggal di sebuah pulau yang begitu jauh. Namun lautan tidak sesekali mampu memisahkan mereka kerana rasa cinta yang saling berputik di dalam nurani hati mereka.

Pada suatu hari, takdir Allah menentukan bahawa B jatuh sakit. B menghidap satu penyakit yang begitu kronik. A berasa sangat sedih. A ingin bertemu dengan B. Rasa cinta yang begitu menggunung menyebabkan A menebalkan muka bertemu dengan C kerana C sahaja yang memiliki bot. A merayu kepada C untuk meminjamkannya bot tersebut agar dia dapat bertemu dengan B.


C pula meletakkan syarat. A perlu tidur dan bermalam dengan C. Kerana rasa cinta yang begitu tinggi kepada B, A sanggup tidur bersama C. Maka keesokan harinya, A pun merentasi lautan untuk bertemu dengan kekasihnya, B. A menceritakan segala-galanya kepada B dan akhirnya B memutuskan hubungan mereka. A pulang dalam keadaan sedih dan bertemu dengan D. A menceritakan kisahnya dari mula kepada D. D bersimpati dengan A dan akhirnya berkahwin dengan A. Inilah pengakhiran sebuah kisah cinta yang tragis.

Lantas pensyarah saya menanyakan kepada kami, apa pendapat kalian mengenai A, B, C dan D? Maka bermulalah sesi mengutuk A, B,C dan D. A dikatakan perempuan murahan, gedik, bodoh dan lain-lain lagi. B pula dikatakan zalim, tidak memahami hati wanita dan seterusnya. C pula dikatakan mengambil kesempatan, menindas wanita dan lain-lain. D yang begitu baik kerana melakukan pengorbanan pun dikatakan sebagai dayus.

Kemudian, pensyarah kami pun menceritakan perkara tersirat di sebalik kisah tersebut. C rupa-rupanya merupakan seorang wanita tua dan A sebenarnya bermalam dan tidur dengan wanita tua tersebut. Dan B pula tidak mahu mengahwini A kerana dia hanya akan hidup di dunia buat beberapa hari sahaja lagi dan dia tidak mahu menzalimi dan menghancurkan masa depan A dengan hanya mengahwininya buat beberapa hari. D pula sememangnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya bersimpati dengan nasib A.

Ya, akhirnya kami sedar bahawa kami telah berprasangka buruk dengan A, B, C, dan D. Sama halnya dengan sebuah kisah di lapangan terbang. Terdapat ramai penumpang yang sedang menunggu masa berlepas. Dan di antara ramai-ramai penumpang tersebut, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang begitu degil. Panjat sana , panjat sini, memekik sekuat jiwa dan bermacam-macam perkara dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dan ini menyakitkan hati para penumpang yang sedang menunggu. Lantas seorang penumpang pergi bertemu dengan ayah kanak-kanak tersebut dan meminta si ayah untuk menasihati anaknya itu. Lantas si ayah berkata, “Itulah yang aku lakukan selama ini, namun ibunya baru sahaja meninggal dunia semalam. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku perlu memarahinya di saat-saat begini”. Lantas terkedulah para penumpang dan mereka bersimpati dengan kanak-kanak tersebuf. Perasaan geram bertukar menjadi kasihan. Mereka membelikan kanak-kanak tersebut bermacam-macam hadiah, mainan, coklat dan lain-lain lagi.

Ya, persepsi manusia sentiasa berubah. Alangkah manisnya sekiranya kita mampu bersangka baik dengan saudara seislam kita yang lain.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al Hujurat: 11-12)

Terlalu banyak yang berlaku di sekeliling kita yang memerlukan kita untuk sentiasa bermuahasabah dan bersangka baik. Contohnya, baru-baru ini berkenaan kes pembunuhan di Mesir. Manalah tahu pembunuh tersebut menghidapi penyakit pheochromocytoma, sejenis ketumbuhan di pundi adrenal yang menyebabkan adrenalin tinggi di dalam darah. Dan penyakit ini boleh menyebabkan pesakit berada dalam keadaan delusi dan membunuh. Bagi sesiapa yang mengikuti siri House MD pastinya arif berkenaan dengan penyakit ini. Seorang banduan telah membunuh 4 orang gara-gara penyakit ini. Apapun, Allahu A’lam. Allah lebih mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi di Mesir itu. Namun menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa bersangka baik.

Dalam hal-hal lain misalnya, kita juga perlu bersangka baik terutamanya hal-hal yang melibatkan mad’u. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kita keluarga Islam dan kita terdidik dalam asuhannya. Bagaimana pula dengan kawan-kawan kita di luar sana ? Siapa yang ingin membantu mereka kalau bukan kita. Ayuh bermuhasabah dan sentiasa bersangka baik. Ini adalah pesan buat diri saya juga yang sentiasa melakukan kesalahan.


Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin.

ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

O Allaah, place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right, light on my left, light above me and light below me; place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light.



http://upimi.multiply.com/-Oct 2, '07 10:24 AM

Read more...

Monday, December 7, 2009

Siri V : Kurangkanlah Ketawa


Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.



Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah

Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

Read more...

.: I Tentang KAMI I :.

UPIMI, UKHUWWAH PELAJAR ISLAM MALAYSIA DI INDONESIA MERUPAKAN BADAN KEROHANIAN MUSLIM BAGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA CAWANGAN YOGYAKARTA (PKPMI-CY). SEBARANG PERTANYAAN, CADANGAN, KRITIK DAN SARAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN. SEMOGA KEHADIRAN BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA MUSLIM MALAYSIA DI YOGYAKARTA..
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP